Ikan Bakar... Enak!






‘Ke pasar tani Sayang membali lauk. Tais liur ku kan makan ikan bakar’ kata ku mengajak isteri

‘Pukul berapa sudah kan?’ tanya isteri.

‘Puku 3 lalu. Karang, pukul 4 lalu atu tani jalan ke pasar’ jawab ku.

‘Pasar mana, Jerudong atau di Gadong’ tanya isteri ingin tahu pasar mana hendak dituju.

‘Mana yang banyak pilihan?’ tanya ku.

‘Pasar ikan di Gadong saja. Di Jerudong atu nda banyak pilihan’ jawab isteri.

‘Bah, pasar Gadong saja karang’ kata ku memberi keputusan.

‘Ingati membali limau sama lada untuk sambal karang’ kata isteri mengingatkan.

Petang tadi, hanya kerana aku teringin hendak makan makanan bakar, aku mengajak isteri ke pasar ikan membeli ikan, pari dan udang. Aku ingin makan ikan bakar malam ini. Asyik-asyik makan daging dan ayam, berat badan pun semakin bertambah. Bersenam pula jarang sekali.

Ketika jam mendekati pukul 5 petang, keadaan lalu lintas agak tenang namun kesukaran mendapat tempat letak kereta yang dekat dengan pasar memang terjadi. Di pasar, kami membeli Ikan Merah yang dijual dengan harga B$6.00 sekilo. Tiga kerat Ikan Pari B$5.00, satu kilo udang B$6.00 dan satu kilo Kerang B$4.00. Semua itu menjadi menu untuk makan malam yang semuanya akan bakar kecuali kerang.

‘Buat rempahnya atu padas sedikit, baru ada rasa’ kata ku kepada isteri sebaik ku lihat isteri mula memasak di rumah. ‘Bah’ katanya ringkas. Isteri memang pandai memasak. Setiap masakkannya memang tidak pernah menghampakan. Aku keluar dan masuk di dapur kerana bauan ikan bakar yang sudah menusuk hidung. Sedap sungguh rasanya. Bauan ikan bakar yang sedap menambah lagi kesan lapar perut ku yang sudah sedari awal kosong. Tengahari tadi aku tidak makan. Mungkin itu sebabnya kesan lapar cepat terasa.

Aku makan dengan berselera sekali sebaik makanan malam dihidang. Makan malam ala kampong. Tidak ada daging mahupun ayam. Ikan bakar memang sedap di makan dikala ianya masih lagi panas. Jika sejuk, isi nya sudah mengeras dan liat. Makan bersama seisi keluarga membuka lagi selera makan ku. Ikan bakar, pari bakar, udang bakar dan kerang yang dihidang semuanya aku nikmati. Seperti berada di gerai makan ikan bakar rasanya. Enak rasanya ikan bakar dimakan dengan dicecah bersama sambal kicap pedas. Tidak dapat ku gambarkan bagaimana keenakkannya.

‘Terima kasih Sayang’ kata isteri memperli sebaik melihat aku yang duduk kekenyangan. Makan malam yang enak membuatkan aku seakan tidak mampu berkata-kata lagi. ‘Sama-sama’ kata ku ringkas, tentunya memperli kembali. Sebenarnya aku terlupa mengucapkan terima kasih kepada isteri yang selalunya ku ucapkan. Biasalah, sudah kenyang, lupa akan sesuatu.

p/s: Teringat pesan kawan katanya, 'apabila makan, nikmati makanan itu agar berkat'.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

561 Kotak



Sebanyak enam kotak mancis telah aku bawa pulang. Kesemua kotak-kotak mancis itu adalah kotak-kotak mancis yang aku perolehi dari beberapa hotel di Kuala Lumpur. Sebahagian kotak mancis sudah diberi nafas baru (pek baru). Nama hotel memang sama namun desain, warna dan lakarannya agak berbeza berbanding kotak lama. Dengan enam kotak mancis itu, koleksi aku sekarang sudah meningkat kepada 561 kotak.

Tekan sini untuk pergi ke koleksi mancis aku.

p/s: Sekarang ini kebanyakkan hotel tidak lagi menyediakan mancis dalam bilik hotel. Itu membataskan aku untuk mencapai target 1,000 kotak mancis.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Jam Protrex & Jogging




Petang tadi aku ajak isteri berlari petang. 'Jogging tani sayang...' ajak ku kepada isteri. 'Di mana?' tanya isteri ingin tahu di mana lokasi untuk membuat larian petang. 'Liat dulu, di tasek kah' jawabku tidak pasti lagipun hari nampaknya hendak hujan. 'Bah, mari tah' kata isteri bersetuju. 'Arah si Willie tani dulu, bali bateri jam' kata ku memberitahu untuk pergi ke Chang Ein Hong Watch Dealer kerana jam tangan PROTREX yang aku gunakan sebelum ini untuk bersukan telah kehabisan bateri.

'Tengok aku punya jam Willie. Habis bateri sudah ni' kataku kepada Willie sebaik memasuki kedainya di Mall, Gadong. 'Aku lihat dulu, jam ani pakai solar kali. Kalau pakai solar, barangkali inda lagi mau di charge' kata Willie yang mampu berbahasa melayu dengan baik sambil menyuruhku menunggu sebentar. 'Jam atu inda pakai solar, tapi ia pakai bateri tu. Empat biji' kata Willie sebaik jam tangan ku diperiksa oleh pekerjanya. 'Hahh!...empat biji? berapa sebiji bateri jam atu?' tanya ku agak terperanjat. 'Sebiji $10.00. Mau tukar?' jawab Willie dan bertanya samada aku mahu terus menggantikannya dengan bateri yang baru. 'Bah, kasi diskaun saja karang' kata ku bersetuju sambil minta diberi diskaun. 'Inda apa, aku kasi kau $38.00 saja' Willie bersetuju memberi diskaun. Back up bateri pun sudah habis, itu sebabnya kesemua bateri harus diganti. Jam PROTREX bukan seperti jam-jam yang lain. Ianya dilengkai dengan fungsi Kompas, mengukur Barometer dan Altitud serta kebolehan mengaktifkan lima kali 'alarm' yang berbeza. Itu sebabnya aku suka jam itu.



Memang, sudah lama aku tidak bersukan mahupun berlari (jogging). Baru hari ini aku mengajak isteri berlari petang. Dan baru hari ini juga aku ketahui jam tangan aku sudah kehabisan bateri. Petang tadi, selesai menukar bateri jam, kami tidak pergi ke tasek sebagai lokasi untuk larian petang kami. Sebaliknya kami pergi ke stadium negara kerana bimbang hujan turun mengejut. Sedari awal, awan sudah kelihatan mendung. Di stadium negara, agak ramai orang melakukan senaman dan berlari. Tua, muda, kurus, gemuk, lelaki, perempuan dan budak semua melakukan senaman. Semua tahu, bersenam menyihatkan badan, namun jika salah melakukan senaman boleh mencederakan diri.

Selama 20 minit kami berdua berlari diselang seli dengan 'brisk walk' dan beberapa minit kami melakukan 'cooling down'. 'Nyaman rasa badan, ringan rasanya lapas belari tadi ah' kata isteri. 'Ia tah... kalau boleh selalu tani belari. Cemana?' tanya ku kepada isteri namun isteri tidak menjawab. Mungkin berfikir betapa letihnya berlari sebentar tadi.

p/s: Bagi sesetengah orang, bersenam dan bersukan memang melecehkan. Letih dan berpeluh menjadi ukuran.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

'Second Hand' Bukan Baru...



Notebook yang telah aku jual kepada seseorang dengan harga $400.00 itu sudah bertaraf notebook ‘second hand’ ertinya telah digunakan oleh ku. Mana-mana barangan pun apabila dibeli dan digunakan pada hari pertama dan dijual pula keesokan harinya akan dikira ‘second hand’. Tidak percaya? Sebagai contoh belilah telefon bimbit dan ‘trade in’ pada keesokkan harinya. Sudah pasti kedai telefon bimbit itu akan menawarkan harga ‘trade in’ yang jauh lebih murah berbanding harga asal biarpun baru digunakan sehari. Jika ‘second hand’, jangan harap ianya seperti barang baru apatah lagi ianya sudah digunakan lebih setahun. Sama seperti notebook yang ku jual itu. Semua orang tahu apa yang dimaksudkan dengan ‘second hand’. Pun begitu, kondisi notebook yang aku jual dalam keadaan yang baik dan berfungsi.

Pagi tadi, si pembeli itu telefon. ‘Speaker’ notebook yang aku jual itu tidak bagus, sekejap suaranya kecil dan mendatar, sekejap susah didengar, katanya. Dia komplen dan terus komplen. Sebelum aku jual notebook itu, tidak pernah aku mengalami ‘speaker’ tidak berbunyi atau mengeluarkan bunyi yang kecil. Semuanya baik-baik saja. Dengan notebook itulah aku menghasilkan Video Clip, merakam suara, mendengar MP3 dan menonton DVD Movie. Tidak pernah langsung aku mengalami apa yang telah dikomplen oleh pembeli itu.

Aku tidak pasti, samada ianya rosak atau tidak. Mungkin saja 'setting'nya telah ditukar-tukar. Komplen yang dibuat seakan memberitahu notebook yang di jual itu notebook rosak. Geram dan kesal, itu perasaan ku sebaik mendengar komplen itu. ‘Kalau bulih, bagi balik notebook atu, ambil notebook yang baru ku bali $800.00’ kata ku. Itu semua adalah sebagai bukti bahawa aku sedia menerima notebook lama itu. Aku tahu menjaganya dan tahu bagaimana mengatasi masalah sekecil itu. Apa yang hendak di perbesarkan dengan hanya masalah ‘speaker’. Entahlah, pembeli itu mungkin hanya menggunakan notebook itu untuk chatting, bermain games, facebook atau hanya untuk mendengar MP3 saja. Buat kerja dengan notebook itu mungkin tidak ada. Lagipun aku jual hanya $400.00. Harga yang sudah cukup murah dengan mengambil kira memori yang sudah ditambah menjadi 3GB. Aku sendiri yang mem’format’ notebook itu. Bagaimana mungkin ianya rosak.

‘Hantar ke mari. Biar aku check dulu’ kata ku. Bukan apa, tidak sedap didengar nanti apabila dia memberitahu orang lain atau kawan-kawannya bahawa aku senghaja menjual notebook yang rosak. Agak menghairankan, sebelum dibeli, aku dengan rela hati membenarkan dia (pembeli) membawa notebook itu untuk diperiksa. Hari itu juga dia setuju membeli setelah diperiksa oleh seorang kawannya. Semua baik dan tidak ada pula komplen itu dan ini rosak, kecuali ada terdapat beberapa tempat di badan notebook itu yang sudah calar. Calar itu perkara biasa. Sepanjang penggunaan ku, notebook itu aku simpan dalam beg kerja tanpa beralas.

Pembeli notebook itu harus faham apa sebenarnya taraf ‘second hand’. ‘Second hand’ merupakan barangan terpakai atau sudah digunakan. Notebook itu pula bukan bertaraf ‘recondition’ ertinya barangan lama yang dikemaskini, dinaik taraf atau diubahsuai yang kelihatannya seperti baru. Sudah beberapa minggu notebook itu berada ditangan si pembeli. Mungkin saja kerosakan itu berlaku berpunca dari dirinya sendiri. Ingin juga aku mahu tahu latarbelakangnya dalam penggunaan komputer.

Sekarang ini aku hanya tinggal tunggu dia menunjukkan kepada ku apa masalah sebenarnya. Jika betul ‘speaker’ itu rosak, maka kerosakkan itu boleh diganti asal saja ada alat gantinya. Jika tidak ada alat ganti, aku berani memberinya $60.00 sebagai ganti rugi. Itu komitmen aku untuk mengatasi masalah sekecil itu. Atau dia buat pilihan samada mengembalikan notebook lama itu dan beli $800.00 notebook baru yang aku beli atau dia sendiri mencari notebook second hand yang jauh lebih murah berbanding apa yang aku tawarkan sebelum ini.

p/s: Itulah yang berlaku jika berharapkan barangan ‘second hand’ seperti barangan baru.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Panda Antivirus 'Global Protection'




Sejak kebelakangan ini notebook aku di'serang' virus komputer. Itu belum termasuk 'spam email' lagi yang berpuluh-puluh masuk setiap kali aku membuka emel. Bosan menggunakan antivirus yang kurang berkesan. Kelmarin, aku pergi ke kedai komputer. Beli Antivirus keluaran Panda Security. Aku pilih 'Global Protection' yang boleh melaksanakan scanning dengan cepat dan semua virus komputer boleh di neutralise dengan mudah. Asri, teknisyen komputer menyarankan aku menggunakan 'Global Protection'. Lebih menyeluruh protection katanya walaupun 24 jam melayari internet.

Panda Antivirus 'Global Protection' boleh mengawal dan melaksanakan fungsi 'Anti Malware Protection', 'Identity Theft Protection', 'Safe Internet Protection' dan boleh melaksanakan 'PC Optimization'.

Sebelum ini aku guna Panda Antivirus produk percubaan selama 30 hari. Jika terus menggunakan 30 hari percubaan, notification untuk mengaktifkan produk akan dipaparkan hampir setiap masa. Menggangu aku saja rasanya. Sekarang, Panda Antivirus yang baru aku beli ini sudah ku aktifkan untuk setahun langganan berlesen. Tidak ada lagi 30 hari percubaan. Aku hanya tunggu tahun depan untuk mengaktifkan lagi selama setahun. Aku harap selepas ini tidak ada lagi virus komputer yang menyerang.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati